Wednesday, 22 March 2017

*JENIS-JENIS HANTU & MAKHLUK MITOLOGI DALAM KEPERCAYAAN MASYARAKAT DUSUN LIWAN-BUNDU DI SABAH (KEPERCAYAAN LAMA)*


1. HANTU SIOD DALAN
Rupanya seperti manusia. Bersaiz kecil, lebih kurang sebesar ibu jari. Suka merayau-rayau waktu hujan di malam hari. Dapat diketahui kedatangannya apabila mendengar suara siulan perempuan yang lembut. Suka berteduh di bawah kulung rumah orang kampung. Apabila ia berada di bawah kulung rumah seseorang, maka seisi rumah orang tersebut akan terasa panas. Cara untuk menghalaunya pergi adalah dengan menjatuhkan puntungan api di celah-celah lantai rumah ke bawah kulung kerana dipercayai bahawa hantu itu meminta api dari pemilik rumah tersebut. 

2. KUMOKODONG (BALAN-BALAN/PENANGGAL)
Kumokodong dalam versi kepercayaan Dusun Liwan-Bundu lebih kepada sejenis makhluk yang telah lama wujud dan bukanlah berasal dari organ manusia yang tercerai seperti mana yang dikenali sebagai Balan-balan. Seperti balan-balan, ia hanya terdiri dari bahagian kepala berserta usus-usus yang terbang pada waktu malam untuk memangsa binatang ternakan seperti babi, ayam dan sebagainya untuk menghisap binatang-binatang tersebut. Wanita yang sedang mengandung, datang bulan atau bersalin amat menarik perhatian makhluk ini untuk datang. Ia takut kepada benda-benda yang tajam terutamaduri dan juga takut apabila terhidu aroma limau nipis dan bawang putih.

3. HANTU TUNGA-UNGA
 Dapat dikenali melalui suaranya yang mirip bayi sedang menangis. Dipercayai gemar menculik kanak-kanak yang kerap menangis atau yang diabaikan oleh ibu bapa. Rupanya seperti seekor biawak yang dapat berjalan dua kaki layaknya manusia, dan juga kemerah-merahan pada hujung mulutnya. Ia takut ketika mendengar paluan gong (kulintangan) dibunyikan dan juga bunyi piring atau tempayan yang pecah.

4. HANTU KALINDAHAU
 Kalindahau mirip dengan pontianak iaitu mengenakan pakaian putih yang kotor dan kusam, serta berambut panjang. Ia akan mengeluarkan lidahnya sampai ke tanah apabila sedang kelaparan atau untuk menakut-nakutkan kanak-kanak. Ia akan berkeliaran di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi dan penuh dengan semak belukar pada waktu senja tatkala matahari kuning. Dipercayai apabila terserempak dengan hantu ini, hendaklah berpatah balik dari arah yang ingin dituju dan tidak boleh memandang ke belakang kerana dikuatiri hantu ini akan mengejar dan membunuh orang berkenaan.

5. MONDOU
Makhluk mitologi yang dipercayai sangat ganas dan suka memakan daging manusia. Rupanya mirip seperti keluang yang dua kali lebih besar berbanding tubuh manusia, bertanduk panjang dan bergigi taring panjang. Matanya yang berwarna merah akan menyala ketika sedang terbang waktu malam. Ia juga dapat bertukar wujud menjadi tujuh jenis binatang iaitu: kucing, anjing, babi, burung hantu, kelawar, kerbau dan lembu dan dipercayai akan mulai mengganas apabila rupanya berubah menjadiseekor lembu. Menurut cerita orang-orang tua, makhluk ini pernah ditemui di daerah Tenom, Keningau dan Tambunan pada zaman dahulu kala. Ia takut kepada bau kulit kura-kura atau kulit belangkas yang dibakar dan juga unggun api yang dinyalakan.

6. BUGANG
Bugang merupakan makhluk mitologi Dusun Liwan-Bundu yang juga dikenali sebagai naga bukit. Saiznya lebih kurang seperti seekor burung helangdan memiliki kelebihan mengeluarkan api dari mulutnya. Apabila ia hinggap di sebatang pokok, maka serta-merta pokok itu akan terbakar dengan sendirinya. Ia dipercayai takut dengan manusia dan akan mengeluarkan suara nyaring apabila menyedari kedatangan manusia kemudian terbang lari.

7. HANTU NARU SUSU
Kata "Naru Susu" berasal dari bahasa Dusun yang bererti "Berpayudara Panjang", merujuk kepada hantu ini yang memiliki payudara yang panjang dan runcing. Ia dipercayai gemar menculik kanak-kanak kemudian memasukkan ke dalam payudaranya. Ia akan datang kepada sepasang suami isteri yangkerap bertengkar dan menculik anak mereka.

8. HANTU GONTUTUT
Hantu gontutut dipercayai merupakan jasad manusia yang berubah bentuk disebabkan memiliki dendam terhadap orang-orang yang masih hidup. Ia akan berkeliaran pada waktu malam dalam bentuk rangka (tulang) manusia yang sudah tidak memiliki isi. Ia akan mengeluarkan bunyi seperti "tut...tut...tut..." ketika sedang berjalan atau terbang. Ia akan terus-menerus mengganggu orang-orang yang ia dendam sehingga orang-orang itu tidak merasa tenang dan akhirnya mati. Ia takut kepada cahaya terutama cahaya lampu.

Thursday, 16 March 2017

Gua Pari @ Fairy cave, Bau, Kuching

Gua Pari-pari adalah merupakan sebuah gua kapur dan terletak di kawasan Krokong Bau. Sebelum masuk ke dalam gua, pengunjung perlu menaiki beberapa anak tangga kerana pintu masuk untuk ke gua amat tinggi. Gua ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti 'rock climbing' dan merupakan tempat tumpuan pengunjung luar negara yang meminati sukan 'rock climbing'.


Leganda Gua Pari - pari (Mitos)


Mengikut Cerita penduduk kampung Krokong, Bau, gua ini memang mempunyai ceritanya yang tersendiri yang di warisi turun temurun. Namun tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa cerita ini adalah benar mahupun tidak. Namun cerita ini merupakan lagenda atau mitos kepada gua ini. Katanya berdekatan gua ini terdapat penempatan manusia zaman dahulu. Namun penduduk di kawasan ini amat kejam dan menyiksa kanak kanak kecil terutamanya anak yatim piatu yang tiada penjaganya.

Maka, kononya terdapat pari -pari yang menghuni gua ini tidak tahan dengan kezaliman manusia di kawsan tersebut, lalui di sumpahnya manusia yang mendiami gua dan kawasannya menjadi batu. Sebab itulah banyak antara batu -batu yang terdapat di kawasan gua ini menyerupai manusia. Kononya mereka ini adalah manusia yang kejam2 pada zaman dahulu yang telah menjadi batu.

Sebab itu ramai di kalangan pengunjung gua ini terutamanya orang -orang cina selalu bersembahyang di  gua ini. Ini dapat di buktikan dengan penemuan colok - colok dan juga patung kecil Buddha yang terdapat di tepi - tepi batu dan juga atas batu utuk melakukan pemujaan.

Fakta sejarah: Gua ini wujud sejak 100,000-150,000 tahun dahulu.

Honda CBX

Engine characteristics

Honda had produced a Honda RC series six-cylinder race bike in the mid-1960s, but the CBX was Honda's first production 6 cylinder road bike. The CBX's advanced DOHC 24-valve inline six-cylinder engine was its outstanding feature; but in other respects the bike was conventional, having telescopic forks, a tubular frame, twin rear shocks and straight handlebars.
Although bulky, the engine was wide only at the top. The width across the crankshaft was relatively narrow as the CBX had a stacked engine accessory arrangement, whereby the alternator and ignition items were positioned behind the cylinder block. This arrangement produced an acceptable engine width low down and moved critical items out of harm's way in the event of grounding.
Journalist L. J. K. Setright wrote of the CBX's width: "Don't tell me that its engine is too wide: It is no wider than the legs of a rider, so it adds nothing to the frontal area, and personally I would rather have my legs shielded by a cylinder apiece than exposed to every blow ...

Sport touring model

In 1981, Honda repositioned the CBX into the sport touring category with the CBX-B, detuning the engine and adding Pro-Link monoshock rear suspension, air-adjustable 39 mm front forks, a fairing and panniers with a stronger frame to support these additions. The CBX was given beefier dual ventilated front brake discs to help bring to a stop the bike's increased weight. The 1982 model CBX-C model differed little from the 1981 model, having only some changes to paint and trim.

Thursday, 16 February 2017

Sejarah Putera Serapi 

 gunung sarapi 
 
 
 gunung santubong 

Pergaduhan. Sejarah selalu mencatatkan pergaduhan dan semuanya demi untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Umumnya, pergaduhan itu berpunca dari kejelitaan seorang wanita ataupun ketampanan seorang lelaki. Kalau tak percaya, boleh semak di Google sekarang dan baca sendiri sejarah lampau yang berkaitan dengan pergaduhan.

Di Sarawak, kisah pergaduhan antara dua puteri iaitu Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang berkisar tentang kecantikan, kelebihan dan juga cinta. Putera Serapi, putera tampan menjadi rebutan. Menerusi buku terbitan DBP, putera yang dijadikan rebutan ialah Putera Murud dari Gunung Murud. Tetapi, nama Putera Serapi lebih banyak disebut dan dikaitkan dengan puteri dua beradik tersebut. Sejujurnya, aku pun keliru. Putera yang mana jadi rebutan? Untuk entri kali ini, Putera Serapi jadi pilihan. Lagipun, sejarah Gunung Murud memang susah nak dapat *sudden give up

Kronologi pendek cinta tiga segi antara Putera Serapi, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang.

Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang dihantar untuk mendamaikan dua buah kampung iaitu Kampung Pasir Kuning dan Kampung Pasir Putih yang sering bergaduh. Selepas kehadiran dua puteri tersebut, kampung tersebut menjadi aman damai. Puteri Santubong mengajar penduduk Kampung Pasir Kuning menenun kain manakala Puteri Sejinjang mengajar penduduk Kampung Pasir Putih menumbuk padi. Hasilnya, kain tenunan di Kampung Pasir Kuning laris dijual dan hasil tanaman Kampung Pasir Putih bertambah subur. Ketika saudagar ramai berkumpul, Puteri Serapi dari Matang datang untuk melihat sendiri kecantikan dan kehebatan dua orang puteri tersebut. Terdapat juga versi mengatakan Putera Serapi sebenarnya jatuh cinta pada Puteri Santubong tetapi Puteri Sejinjang cuba untuk memikat Putera Serapi. Akhirnya, Putera Serapi menghantar pinangan untuk menjadikan kedua-dua puteri itu sebagai isterinya. Tetapi, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang berasa disaingi dan tidak mahu berkongsi cinta dengan lelaki yang sama. Maka, mereka berdua bergaduh dan bertengkar. Puteri Santubong tumbang kerana dipukul dengan alu penumbuk, Puteri Sejinjang pula rebah kerana dilibas dengan kayu belidak sehingga bersepai kepalanya. Kedua-dua puteri itu disumpah oleh Dewata kerana sikap mereka sendiri manakala Putera Serapi patah hati kerana kehilangan kedua-dua puteri tersebut. Putera Serapi dikatakan membawa diri jauh ke dalam hutan, ke sebuah gunung dan akhirnya hilang tanpa khabar berita. Gunung Serapi dikatakan tempat di mana Putera Serapi menghabiskan sisa kehidupannya. Malah, Gunung Serapi boleh dilihat dengan jelas di atas puncak Gunung Santubong. 
*Terdapat sumber menyatakan kampung di bawah jagaan Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bernama Kampung Pantai Biru dan Kampung Pantai Kuning.

Latar Belakang Putera Serapi

Sejujurnya, tak banyak yang aku dapat dari laman sesawang dan atau blog. Sejarah Putera Serapi ni agak kabur dan tak banyak maklumat. Jadi, aku cuma kumpulkan maklumat asas sahaja.

Nama: Putera Serapi
Nama sebenar: Tidak diketahui. 
Asal-usul: Tidak diketahui.
Mungkin berasal dari susur galur raja di Brunei. Mungkin juga berasal dari susur galur tanah seberang.
Tempat: Matang.
Matang merupakan daerah yang besar dan mencakupi banyak kawasan pada masa kini. Tidak mustahil jika terdapat kerajaan kecil di sana dan didiami oleh keluarga Putera Serapi pada masa dahulu.
Bakal isteri: Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang
Pekerjaan: Mungkin seorang pedagang.
Ia berdasarkan catatan kisah bahawa Putera Serapi telah datang ke kampung-kampung pimpinan Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang kerana tersebar berita bahawa hasil tenunan kain dan tanaman kedua-dua kampung tersebut menjadi rebutan saudagar-saudagar lain.
Hobi: Mengembara.
Ia berdasarkan sikap Putera Serapi yang tertarik dengan sesuatu khabar di sesebuah tempat lalu mengembara ke tempat tersebut untuk melihat sendiri tarikan diperkatakan. Ia juga amalan putera dahulukala, mengembara adalah satu perkara biasa bagi anak-anak raja dalam mencari ilmu.
Gambaran Putera Serapi: Wajah tampan, gagah dan bersifat kepahlawanan.  
Sifat-sifat tersebut telah menyebabkan Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang jatuh cinta pada lelaki yang sama.
Tempat terakhir didiami: Gunung tertinggi di Matang.
Memandangkan Putera Serapi sendiri berasal dari Matang, tidak mustahil Putera Serapi kembali semula ke Matang selepas mengetahui Puteri Santubong dan Puteri Sejnjang telah disumpah oleh Dewata. Gunung tersebut dipilih mungkin atas empat sebab yang menarik:
  • Gunung tersebut ialah gunung paling tinggi di Matang. Pada masa dulu, gunung merupakan kawasan penting, dipandang suci dan dihormati oleh masyarakat setempat.
  • Gunung adalah tempat yang sesuai untuk bertapa dan bermeditasi. Ia juga menjadi tempat pilihan masyarakat dahulukala untuk melupakan keduniaan dan mendalami ilmu. Juga tempat yang sesuai untuk melupakan kekecewaan.
  • Secara fakta, puncak Gunung Serapi kelihatan di puncak Gunung Santubong (menurut pendaki di Gunung Santubong)
  • Bukan satu kebetulan, puncak Gunung Santubong boleh dilihat di Gunung Serapi.
Dua sebab terakhir seperti memperlihatkan hubungan antara Puteri Santubong dan Putera Serapi itu sendiri.
Pengakhiran hidup Putera Serapi: Tidak diketahui. 
Apa yang dicatatkan oleh kisah-kisah penglipur lara, mitos atau legenda cuma Putera Serapi patah hati kerana cintanya tidak kesampaian. Sama ada hasratnya untuk menikahi kedua-dua puteri tersebut, ataupun cintanya terhadap Puteri Santubong terhalang, tiada siapa yang mengetahuinya.

Wednesday, 15 February 2017

SAYANG SANTUBONG

ANGGOTA AHLI HIJRAH

HANS CHEE - BASS (BAND LEADER)
GAZAL - DRUM
MADI - GITAR
SIMI - VOKAL

SAYANG SANTUBONG

Santubong
Senyum mu terlindung
disebalik oh batu boyak
pantai sepinya bergelodak
dengan ombak
menggila entah sejak bila
menyembah puteri gunung

Santubong
terlena dilagenda
yang masih segar
ditimbunan pasir
dan air laut yang sejuk
menghitung senja yang sepi
entah berapa lama lagi
sayang santubong

santubong
wajahmu nan indah
lebah lerah sekitarnya indah
Santubong
bagai mahkota agong
putih cerah diparas yang tinggi
bilakah lagi aku akan kemari
sayang santubong
oh santubong 2X

Lagu : Hans Chee
Lirik : Saie Dris