Tuesday, 8 March 2016

Jarom anak Antot.



SARJAN JAROM ANAK ANTOT(iban trackers) seorang berbangsa Iban dari Daerah Limbang dahulu nya pernah di ambil untuk bertugas menjadi "Trackers Iban"atau Unit Pengesan/Peninjau untuk"British Army pada Tahun 1958 ketika waktu darurat di Malaya.
Beliau juga pernah di tugaskan untuk menjejaki pengganas komunis yang di ketuai pemimpin Parti Komunis Malaya,Chin Peng di Hutan Perak."Kami mencari sampai berjam-jam dan hasilnya kami menjumpai pengganas komunis dan pemimpin mereka,Chin Peng yang menjadi buruan utama kami.
Jarak kami hanya lebih kurang lima meter sahaja,kalau saya mahu saya boleh tembak dan mengakhiri darurat,tapi arahan tetap arahan kami hanya di arahkan untuk menjejak dan membuat pemantauan sahaja."kata beliau.
Pada Tahun 1963 beliau menerima berita mengembirakan yang mana dia di tukar kan ke Pasukan Polis Sarawak tetapi agak kecewa sebab pangkat nya di lucutkan kepada konstabel untuk menyertai Pasukan Polis.
"Saya gembira bersama Unit Peninjau sebab untuk masa depan yang baik selain dari gaji yang lumayan.Kehidupan peninjau memang bahaya sebab selalu berada di hadapan tetapi dengan askar,kita di jaga dengan baik.Tetapi bila jawatan saya di lucutkan,saya berfikir ada baik nya saya balik ke kampung halaman dan meluangkan masa bersama keluarga."
Kini beliau di lantik menjadi Temenggong di Kampung Melaban,Limbang.Beliau merupakan seorang perwira yang sanggup mempetaruhkan nyawa demi bangsa dan negara tercinta.Bak kata orang Iban.

"Agi Idup,Agi Ngelaban"

Sumber: google blog